CABARAN

  • Perubahan cuaca - cuaca yang kerap berubah telah menyebabkan banyak kerja-kerja di ladang padi menjadi lambat serta tertangguh.

  • Pertumbuhan padi yang tidak subur-  pertubuhan padi di beberapa buah tempat ladang padi khususnya Ladang Padi Bunga Cawan menjadi tidak subur sepertimana yang dikehendaki dan hal ini akan menjejaskan lagi proses membaja, mengawal serangga, mengetam dan sebagainya. Pertubuhan padi ini juga bergantung kepada penggunaan air dan jika sekiranya kandungan air di ladang padi menjadi berkurangan, maka sudah pasti padi yang ditanam akan menjadi tidak subur dan bukan sahaja itu, penghasilannya juga tidak akan mencapai sasaran atau matlamat asal. 

  • Masalah air - Masalah air merupakan masalah yang besar ketika musim panas dan belum dapat dikendalikan dari dulu sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, para petani mempunyai takungan air di bahagian Bunga Cawan dan dengan menggunakan pam air, air akan disalurkan ke kawasan ladang padi yang memerlukannya.Jika perkara ini berlanjutan, maka kawasan padi tersebut akan menajdi berlumpur dan segala prosesan pertanian termasuk mengetam akan terjejas.

  • Mesin mengatam dalam jumlah yang sangat terhad - terdapat hanya sebanyak sebuah mesin mengetam berjenama Kubota yang disediakan dan perkara telah menyebabkan pekerjaan mengetam menjadi tergendala kerana selain daripada kawasan Bunga Cawan, wasan-wasan, terdapat kawasan lain juga yang memerlukan mesin tersebut dan para petani terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.

No comments:

Post a Comment

MODULE PB-2301