Secara kesimpulannya, sektor pertanian ini merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara iaitu bagi meningkatkan dan memantapkan kewangan pelaburan sektor awam dan swasta. Perbincangan diatas telah menjelaskan peranan teknologi dalam menghasilkan padi yang bermutu tinggi. Selain itu, teknologi seperti jentera ini membantu pemprosesan menuai padi menjadi semakin mudah dan meningkatkan hasil pengeluaran padi. Pemprosesan daripada jentera mengatam padi adalah sangat berguna bagi komuniti petani kerana ianya mampu memudahkan pekerjaan di dalam sektor pertanian. Dengan penaikkan taraf dari alat sabit kepada jentera dapat meningkatkan ilmu serta kemahiran petani dalam sektor ini juga.
Kata kunci bagi sektor pertanian ini adalah teknologi yang bermutu dapat menghasilkan padi yang bermutu tinggi dan pengeluaran padi yang berjumlah tinggi. Kemudahan-kemudahan seperti ini akan membantu sektor pertanian dalam mencapai misi negara iaitu Wawasan 2035 dan menjadikan sektor pertanian ini salah satu penyumbang dalam ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment