SUMBANGAN

PERTANIAN PADI WAWASAN 2035

Demi untuk mencapai dan merealisasikan wawasan 2035, pelbagai usaha dan komitmen perlu dilipat gandakan ke arah pembangunan ekonomi yang mampan seperti yang dihasratkan negara. Melalui daripada usaha tersebut, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan giat mempromosikan pembangunan pelbagai komodoti pertanian terutama teknologi jentera yang memberi kesan dalam perubahan sektor pertanian padi. Hal ini merupakan salah satu daripada pelbagai usaha yang dapat memajukan sektor pertanian padi. Industri ini adalah salah satu sumber yang dapat menyumbang kepada peningkatan hasil KDNK negara selain dari kemampuan industri tersebut untuk membekalkan makanan asasi kepada penduduk agar boleh mengurangkan kadar pengimportan dari luar negara.


JENTERA TEKNOLOGI TINGGI

Jentera mengatam padi ini merupakan salah satu teknologi yang telah diwujudkan bagi setiap ladang padi yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Hal ini adalah disebabkan oleh titahKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sewaktu awal tahun hijrah 1430 pada 28 Disember 2008 yang mana baginda bertitah : “Di dalam bidang pertanian, kita perlu meningkat ke tahap peratus ‘sara diri’ yang lebih tinggi daripada yang ada pada masa ini sejajar dengan pertumbuhan dan keperluan”. Melalui daripada titah ini, Perkhidmatan Kejuruteraan Pertanian telah menyediakan sebuah teknologi yang tinggi iaitu jentera mengatam padi. Teknologi ini memberikan sumbangan yang tinggi terhadap sektor pertanian. Disebabkan oleh kemajuan ini, pada tahun 2019 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan telah berangkat  dan melihat sendiri serta dijelaskan tentang kemudahan-kemudahan jentera ini terhadap baginda oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Pertanian, Awang Saidin bin Namit. Perkara ini memberikan keyakinan tinggi terhadap ekonomi pertanian padi disebabkan adanya jentera berteknologi yang tinggi ini. Usaha sedemikian merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi meningkatkan keluaran dan tahap sara diri bekalan beras berada di tahap yang terjamin.

SASARAN PERTANIAN 2020

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mensasarkan untuk meningkatkan keluaran pertanian padi sebanyak b$39 juta pada tahun 2020 dan ingin mencapai kepada sasaran wawasan ekonomi 2035. Di antara usaha mereka untuk mencapainya adalah dengan meningkatkan produktiviti dan teknologi tinggi iaitu dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Jentera Mengatam. Hal ini menunjukkan kepentingan jentera mengatam dalam menghasilkan padi yang bermutu tinggi. Dengan adanya padi yang bermutu tinggi yang banyak, keperluan jentera tersebut adalah tinggi bagi mewujudkan pembinaan tempat penyimpanan padi yang banyak daripada sebelumnya. Hal ini adalah untuk meninggikan kapasiti penyimpanan padi yang sebelumnya terhad.




HASIL PERTANIAN MENUAI PADI MENEPATI JANGKAAN

Pada 8 Februari 2020, tanaman padi secara komersial dikenali sebagai Sembada188 iaitu sejenis padi berhasil tinggi yang telah ditanam pada 28 Oktober 2019 lalu, kini telah melakar satu lagi sejarah pertanian negara yang bertempat di Kawasan Kemajuan Pertanian Kandol Daerah Belait. Ianya kini mencapai kepada jangkaan yang dikehendaki oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Kawasan tanaman padi tersebut yang berkeluasan 500 hektar telah terdahulu disempurnakan penanamannya bagi fasa 1 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Penuaian padi  dilakukan dengan penggunaan sebanyak empat jentera jentuai (combined harvester). Hal ini menunjukkan bahawa selain daripada tempat pertanian, jentera juga memegang peranan dalam memudahkan proses mengatam padi tersebut. Tanpa adanya jentera ini, pasti hasil pertanian padi  akan mengambil masa yang lama bagi kesemua ladang dan menyebabkan hasilnya menjadi berkurangan. Secara amnya, padi yang bermutu tinggi memerlukan hari-hari yang tertentu dan tidak boleh dilengahkan. Justeru itu, peranan jentera sangat penting di setiap ladang pertanian di Negara Brunei Darussalam.



PENDIDIKAN TERHADAP PERTANIAN

Melalui daripada sumbangan dan peranan yang diberikan terhadap sektor pertanian di Negara Brunei Darussalam ini telah mewujudkan kepentingan terhadap jurutera yang berkemahiran terhadap teknologi serta bidang pertanian ini. Pada 12 Oktober 2020, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam demikian bertitah  semasa Lawatan Tidak Berjadual baginda ke UNISSA, di sini. Persiapan itu, titah baginda lagi, meliputi kemas kini dalam pengurusan dan pentadbiran universiti memperkasa semuafakulti yang ada dan meningkatkan prestasi juga kualiti sekalian tenaga akademik tanpa mengabaikan pencapaian cemerlang para pelajar. 

'Bersabit dengan lokasi UNISSA di Temburong kelak, tidakkah sesuai kiranya jika UNISSA menubuhkan sebuah fakulti baharu, yang dinamakan Fakulti Pertanian kerana beta difahamkan ilmu-ilmu pertanian, ternakan dan seumpamanya juga terdapat dalam Islam. Jadi beta melihat kalaupun belum masanya untuk kita mempunyai pusat pengajian tinggi pertanian, maka setakat mempunyai fakulti pertanian pun adalah memadai sebagai keperluan. Semua kita adalah menunggu dan ingin untuk melihatnya menjadi kenyataan,''

Tegas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bertitah menegaskan, baginda tidak berkenan sekiranya akan ada lagi alasan mengenai projek ini tidak dapat disegerakan. Hal ini menunjukkan bahawa teknologi-teknologi yang bermutu tinggi seperti jentera-jentera yang telah disediakan oleh pihak kerajaan memberikan sumbangan kepada ekonomi sektor pertanian, lebih-lebih lagi sektor pertanian padi di Negara Brunei Darussalam.


No comments:

Post a Comment

MODULE PB-2301