PROSES


Proses mengatam padi dilakukan apabila padi yang ditanam sudah matang/masak. Beberapa jenis padi yang ditanam di Ladang Padi Bunga Cawan adalah padi sambada dan padi MR Q. Proses mengatam padi biasanya dimulakan pada pukul 9 pagi, apabila padi tidak dibasahi oleh air embun. Tetapi jika cuaca hujan, biasanya ditunggu sehingga padi kering ataupun ditunda pada keesokan harinya.




Pada masa ini, proses mengatam padi menggunakan jentera KUBOTA untuk mempercepatkan proses pengataman. Selepas itu, padi yang terkumpul dalam jentera KUBOTA akan dipindahkan ke dalam guni yang disediakan.



Setelah itu, padi yang dimasukkan ke dalam guni ini akan di hantar ke pertanian Kampung Wasan untuk proses pemanasan. Padi yang sudah dipanaskan akan di periksa oleh Pegawai dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, dan jika sudah diluluskan akan di hantar ke stor simpanan padi di Pertanian Wasan. 
Kemudian, padi tersebut akan ditimbang beratnya dan dicatat yang akan disaksikan oleh pegawai-pegawai pertanian dari bahagian penerimaan. Perkara ini dilakukan adalah untuk proses pembayaran hasil padi kepada petani yang mengusahakan padi tersebut. Selepas itu, pemprosesan jadi beras dilakukan dan setelah itu di masukan ke dalam guni yang disediakan oleh Jabatan Pertanian untuk dipasarkan. 


No comments:

Post a Comment

MODULE PB-2301